Thursday 19 November 2009

Kuala Lumpur - Pesta Hujung Tahun


Dok terfikir apa pula yang aku nak tulis untuk pertandingan Blog4FT. Kadang-kadang terlintas pula takkan nak tulis pasal tempat-tempat dan bangunan saja. Ramai orang buat posting tentang KLCC dan Menara berkembar Petronas. Tidak kurang juga tulis tentang Petaling Street, Dataran Merdeka, Central Market. Buka salah apa-apa pun sebab subjek mungkin sama, fakta mungkin sama tetapi olahan mungkin tidak sama. Masing-masing ada stail tulisannya sendiri. Namun demikian melihat kepada nama pertandingan Blog4FT maknanya nak kena tulis yang positif pasal Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan. Tujuan nak mempromosi ketiga-tiga wilayah persekutuan ini bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga masyarakat antarabangsa.

Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia sudah semestinya menjadi 'the only one place visited' bagi majoriti   orang luar jika mereka datang on a business trip. Sama jugalah jika kita ke luar negara on a business trip, maka sudah semestinya satu atau dua tempat yang dapat dikunjungi dalam masa yang pendek. Lainlah jika kedatangan seseorang itu bertujuan untuk melancung, maka dapatlah mereka pergi ke tempat-tempat lain selain Kuala Lumpur.

Tahun 2009 semakin akan melabuhkan tirainya. Walaupun tahun sudah semakin hendak habis, tetapi aktiviti tetap berjalan seperti biasa. Biasanya masa hujung tahun ni ada satu habit dari Jabatan Kerajaan yang digelar sebagai Christmas Shopping. Masa inilah buat aktiviti untuk habiskan budget tahunan. Kalau tidak budget itu akan hangus dan hantar balik kat AG. Dahlah tu, dikatakan pula Ketua Jabtan tidak tahun nak urus budget, sebab  itu banyak lebih. Jadi tahun berikutnya, dapat kurang. Wajarkan amalan sebegini di teruskan? Dalam keadaan gawat rasanya semua Jabatan patut berjimat cermat dan berbelanja dengan berhemah. Dari sudut pandangan aku sebagai pekerja bawahan, sepatutnya duit lebih itu dicarry forward. Jadi tak perlulah Ketua Jabatan nakjoli pada hujung tahun nak habiskan budget.

SUKAN 

Hari ini (19 Nov) bermulalah satu pertandingan peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur. Sukan ekstrim paintball akan diadakan di Family Park. Bukit Jalil. Pertandingan tersebut, WCA (WorldCup Asia) akan menerima penyertaan dari pasukan-pasukanyang datang dari seluruh dunia. Baca SINI......  

EKONOMI

Bulan November ini akan bermula Year End Sales (YES) dari 21 November 2009 hingga 3 Januari 2010. Inilah masa untuk memeli-belah kerana adanya tawaran-tawaran harga yang rendah dari gedung-gedung membeli-belah. Walaupun iamelibatkan seluruh negara, tetapi sudah tentu Kuala Lumpur akan menjadi tumpuan sebab, bersamaan juga dengan musim cuti sekolah. Ramai yang akan datang melawat Kuala Lumpur pada masa itu.

 POKIM PC Fair datang lagi. Ia akan dianjurkan di beberapa bandar utama seluruh Malaysia dan sudah semestinya satu untuk Kuala Lumpur yang akan diadakan di KLCC. Pamrean di Kuala Lumpur akan diadakan pada 4 - 6 Disember 2009.


Hujung tahun ini juga ada dua perayaan yang bersangkutan dengan agama.Pada 27hb November umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Hari raya ini ada ibadah korban di dalamnya. Oleh  itu ibadah korban boleh menjadi satu tarikan kerana ada yang melakukannya secara berkumpulan dan melibatkan banyak ekor lembu dan/atau kambing akan dikorbankan. Itu tidak termasuk lagi jika ada yang akan menumbangkan unta.

Pada 25 Disember pula sambutan Krismas akan berlangsung. Sekarangpun suasana perayaan Krismas itu sudah mula dirasai. Gedung-gedung membeli belah sudah mula memasang hiasan untuk menyambut hari tersebut yang datang setiap tahun.

Pada bulan Disember juga Media Prima akan menganjurkan Karnival Jom Hebohnya bertempat di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil. Karnival ini merupakan penutup tirai untuk mereka setelah menjelajah ke beberapa tempat lain di seluruh negara.



Kepada ibu bapa pula ini juga merupakan masa untuk menyiapkan anak-anak yang akan bersekolah semula pada tahun 2010. Pastinya akan ada karnival balik ke sekolah dianjurkan. Sememangnya kemeriahan hujung tahun akan terus terasa dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan semua peringkat usia ini.

No comments:

DISCOVER KEDAH 2016

I Follow......