Kawasan sekitar Balai Nobat dan Balai Besar biasanya tidak ada apa-apa aktiviti pada waktu malam setelah kawasan air pancutan Mahkota di hadapan mesjid Zahir hilang seri dan kemeriahan sejak tahun 90an.
Apa yang menghidupkan kawasan Balai Nobat ialah dengan adanya pokok hiasan berlampu seperti yang terdapat di IT City Shah Alam. Di sekitar perkarangan Balai Nobat itu telah dipasang beberapa pohon pokok dengan daun berwarna warni dan orang ramai mula tertumpu ke situ untuk berehat bersama keluarga ,kawan-kawan dan bergambar. Majlis Bandaraya berjaya menghidupkan malam di Alor Setar yang memalui akhbar arus perdana, Kedah dilaporkan secara negatif sekali sejak berada di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.
Tidak jauh dari Balai Nobat itu pula telah dibina replika pintu Kota Istana Tengah yang telah dirobohkan apabila Bangunan Wisma Negeri dibina pata tahun 70an dulu. Sejak akhir-akhir ini nampaknya kawasan sekitar Mesjid Zahir itu akan menjadi hidup semula. Peluang ini boleh diambil oleh pihak mesjid untuk menyampaikan mesej agama melalui ceramah-ceramah di dalam mesjid yang boleh didengar sehingga ke kawasan pancutan Mahkota, Balai Nobat dan Balai Besar. Walaupun orang ramai tidak memberi tumpuan, sekurang-kurangnya ada usaha untuk menyampaikan mesej.
Replika Pintu Gerbang Kota Istana Tengah berlatarbelakangkan Balai Nobat dan Menara Alor Setar
Siapa kata Kedah tidak membangun di bawah Pakatan Rakyat?