Showing posts with label Recreation Park. Show all posts
Showing posts with label Recreation Park. Show all posts

Tuesday, 5 January 2010

Bukit Komnwel


Bukit Komanwel adalah merupakan sebuah kawasan rekreasi yang terdapat di kawasan Kompleks Sukan Negara. Ia dibina sebagai sebahagian daripada kompleks tersebut sempena Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada tahun 1998 yang lalu.

Gambar Atas: Bukit Komanwel dilihat dari Kompleks Sukan Negara
Gambar Atas: Salah satu pemandangan dari atas puncak Bukit Komanwel
Kawasan rekreasi ini mengandungi dua ciri utama iaitu kawasan bukit yang dibina laluan untuk pejalan kaki menuju ke puncaknya dan laluan pejalan kaki mengelilingi tasik. Laluan ini digunakan sebagai trek jogging.

Gambar Atas: Salah satu Trek Joging/Laluan menuju ke puncak bukit


Gambar atas: "Gim mini" yang terdapat di kawasan ini


Gambar atas: Laluan untuk ke atas atau menuruni bukit
Disamping bersenam ramai juga yang datang hanya untuk menikmati ketenangan sekitar kawasan tasik ini disamping melihat kura-kura dan ikan yang banyak terdapat dalam tasik ikan-ikan. Pelawat ada yang menjamu haiwan ini makan untuk melihat mereka muncul di permukaan air.

Setelah keletihan atau dahaga berjoging atau bersiar-siar di sekitar taman, pelawat boleh juga menjamu selera di D Santai Station yang dibuka mulai tengahari hinggalah larut malam.

Taman Bukit Jalil Bah. 2


Ini merupakan bahagian kedua dari kunjungan saya ke Taman Bukit Jalil. Lihat posting pertama yang saya tulis sebelum ini. Saya terpaksa membahagikan catatan kunjungan saya ke Taman Bukit Jalil kepada dua bahagian atas sebab dua persekitaran yang berbeza dan juga terlalu panjang untuk saya rangkumkan sebagai satu posting. Bahagian kedua ini merupakan kunjungan ke zon lapang yang sudah dilanskapkan dengan monumen-monumen dan tapak aktiviti juga merupakan zon yang menjadi tumpuan pengunjung untuk menjalankan aktiviti seperti beriadah atau bersiar-siar. Zon ini boleh dimasuki melalui pintu utama yang terletak bertentangan dengan persimpangan  ke Bukit Jalil Golf and Country Club.


Sebaik sahaja melangkah masuk tiang tanda isyarat menarik perhatian saya. Amat jarang sekali kita akan dapati penunjuk arah kiblat dipaparkan secara umum pada penanda arah. Inilah saya rasa satu keistemewaan Taman Bukit Jalil ini dan ucapan tahniah patut diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab yang terlintas untuk meletakkan arah kiblat ini. Semoga niatnya diberkati Allah.

Apakah maksud di sebalik meletakkan tanda arah kiblat? Bagi saya meletakkan tanda arah kiblat di pintu masuk adalah merupakan satu peringatan kepada pengunjung agar jangan membuat maksiat di dalam taman ini. Ini kerana bila kita teringat kepada kiblat, kita pasti akan nampak gambaran Kaabah dan Mekah. Jika Kaabah dan Mekah mengingati kita tentang Agama Islam yang suci ini maka kita akan takut kepada Allah. Manusia yang takut kepada Allah tidak akan mengingkari laranganNya. Disamping itu juga ia memberikan satu sindiran kepada pengunjung apakah kiblat kita sewaktu berada di dalam taman.
Pengunjung ke zon ini juga disambut dengan taman Heliconia di sebelah kiri. Taman ini dipenuhi dengan pokok-pokok heliconia yang segar-segar. Tentunya keindahan taman ini akan lebih terserlah sekiranya pokok-pokok Heliconia ini mekar dengan bunganya yang berwarna terang dan kontras dengan daun-daunnya.
Bawah: Satu pemandangan yang memberikan ketenangan sebaik sahaja berada di dalam kawasan taman.
Bawah: Pokok-pokok Eucalyptus yang tumbuh di taman ini. Pokok seperti ini biasanya terdapat di kawasan beriklim hawa sederhana.
Satu lagi keistemewaan ialah perancangan taman ini mengambil kira orang kurang upaya (OKU) dengan menyediakan juga tempat khas untuk mereka. Ini jarang kita lihat di taman-taman awam yang lain.
Tarikan utama dalam zon ini ialah laman antarabangsa. Binaan-binaan arca dan monumen yang sinonim dengan negara-negara berkenaan menghiasi sekitar kawasan ini. Negara-negara yang dipaparkan dalam zon ini termasuklah England, Belanda, Canada, Peru, Jepun, China, Indonesia, Thailand dan juga Malaysia.
Bawah: Laman Indonesia
Bawah: Ikon negara Belanda iaitu kincir air di Laman Belanda.
Bawah : Moon Gate yang mengambarkan negara China yang terdapat di Laman China
Bawah: Totem Pole satu contoh hasil seni yang terdapat dalam taman Canada
Bawah: Laman Jepun
Bawah: Seperti juga zon berhutan, zon ini juga disediakan dengan litar untuk refleksologi.
Sewaktu berjalan-jalan saya terdengar bunyi musik yang lembut berkumandang. Pada awalnya saya menyangka ianyamungkin musik yang datang dari blok apartment yang terletak bersebelahan taman. Namun demikian apabila mendekati saya ternampak sekumpulan pengunjung yang berbangsa China sedang berehat nampak juga kain rentang ini.
Sekumpulan pengunjung kaum China sedang melakukan satu senaman yang dinamakan Praise Dance. Majoriti mereka adalah di kalangan pertengahan usia dan dari pengamatan saya, ia sesuai untuk dilakukan oleh golongan seperti ini memandangkan intensitinya tidak begitu tinggi jika berbanding dengan senamrobik. Satu keistemewaan yang terdapat pada masyarakat China ialah dengan adanya senaman-senaman yang melibatkan latihan pada sistem pernafasan seperti Tai Chi dan ia adalah baik untuk membantu sistem peredaran darah. Jika darah dalam tubuh kita berjalan lancar, maka seluruh tubuh kita akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi dan hasilnya tubuh yang sihat.
Selain aktiviti senaman dan riadah secara bebas setiap hari, taman ini juga menyediakan tapak untuk penganjuran Hari Keluarga dan lain-lain aktiviti sosial. Pengunjung juga boleh menjamu dan melihat ikan-ikan air tawar khususnya keli yang dipelihara di dalam tasik berebut-rebut untuk mendapatkan makanan yang ditaburkan.

Monday, 4 January 2010

Taman Bukit Jalil Bah. 1

Taman Bukit Jalil adalah sebuah taman rekreasi yang terdapat di Bukit Jalil. Ia terletak berhampiran dengan Bukit Jalil Golf Club di tepi Lebuhraya Sungai Besi Puchong. Taman ini lebih luas berbanding Bukit Komanwel. Ia meliputi kawasan berhutan dan kawasan lapang dan sesuai sekali untuk dijadikan tempat beriadah pada bila-bila masa sebelah siang. Ini kerana terdapat kawasan yang dilindungi pokok-pokok yang menghijau dan mengujudkan suasana yang dingin. Anda boleh berjoging di trek-trek yang dibina di dalam kawasan berhutan tanpa merasakan panas bahang mata hari.

Kawasan ini boleh dibahagikan kepada dua kawasan iaitu kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok hitan tropia dan juga satu lagi kawasan yang telah diubahsuai dan lapang. Setiap kawasan itu mempunyai tasiknya sendiri dan dihuni oleh kura-kura dan ikan air tawar sermasuklah ikan keli dan kan Jepun. Aktiviti memancing adalah dilarang di dalam kedua-dua tasik berkenaan.

Untuk posting ini saya tumpukan kepada kawasan yang berhutan terlebih dahulu. Peta Google di bawah menunjukkan  zon berhutan yang boleh dimasuki melalui pintu 1.

Gambarajah di bawah pula menunjukkan pelan tataletak Taman Bukit Jalil
Bawah: Taman permainan kanak-kanak disediakan

Bawah:Litar refleksologi
Bawah: Mini gimnasium terbuka
Bawah: Salah satu stesen Par Course yang terdapat di sini
Bawah: Laluan bertangga ini melintasi kawasan berhutan menuju ke tasik
Di sekitar taman terdapat laluan untuk joging di kawasan terbuka dan juga melalui kawasan berhutan yang dingin dan juga mengelilingi tasik.

Bawah: Sebuah kawasan bertapak lembut (sintetik) yang boleh digunakan untuk aktiviti bersenam seperti senamrobik dan sebagainya.
Bawah: Usaha mengekalkan kehijauan bumi dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan menanam semula pokok-pokok dilakukan di taman ini. Ini salah satu tapak yang disemaikan dengan tumbuh-tumbuhan yang baru.

Saturday, 2 January 2010

Jalan-Jalan Kuala Lumpur II - Taman Orkid Kuala Lumpur

Selepas meninjau di luar pagar Kuala Lumpur Bird Park saya melawat pula Taman Orkid Kuala Lumpur yang terletak bertentangan dengan Taman Burung Kuala Lumpur. Bagi pelawat adalah lebih baik untuk mengabungkan lawatan ke kawasan Tasik Perdana ini dengan mengunjungi kesemua taman yang ada. Bagi mereka yang menaiki perkhidmatan Hop On Hop Off boleh turun di hentian 14.
Disamping menikmati keindahan bunga orkid dari berbagai spesies, pengunjung juga boleh membeli pokok-pokok orkid atau benih yang dijual kedai semaian yang terdapad di dalam kawasan taman. Foto di bawah adalah contoh antara pokok-pokok orkid yang boleh dibeli oleh pengunjung.

DISCOVER KEDAH 2016

I Follow......