Thursday 22 March 2012

Yes4G Di Lebuhraya

Baru-baru ini Proton telah bekerjasama dengan YTL pengendali Yes 4G untuk dilengkapkan pada kereta  di negara ini dan Proton telah dipilih dalam projek ini. Iniasitif ini dinamakan sebagai  4G  Internet Car. dengan inisiatif ini semua kereta Proton yang dikeluarkan akan menjadi satu standard untuk memilikki keupayaan internet berkelajuan 4G yang akan menjadi komunikasi di jalanraya lebih mudah dan pantas.  

Walaupun model Proton yang dilengkapi kemudahan internet 4G ini belum dipasarkan dan menjalar di jalanraya Malaysia, saya telah mencubanya semasa dalam perjalanan pulang ke Alor Setar dari Kuala Lumpur semasa pameran Proton the Power of 1 diadakan di Bukit Jalil baru-baru ini. saya sendiri sudah mengalami kemudahan itu. Sememangnya saya sudah menggunakan Yes 4G sini sejak ia dilancarkan pada tahun 2010 lalu. Walaupun pada mulanya saya mendapati ianya lebih mahal berbanding dengan broadband lain tetapi apabila Yes melancarkan plan postpaid maka saya rasa ianya agak kompetitif. Semasa pameran Proton the Power of 1 saya beli pakej Super 98 dengan penggunaan data 6GB pada kelajuan 10x lebih pantas dari 3G. 
Berbalik kepada field test, saya telah menggunakan Huddle yang boleh disambungkan kepada 5 peralatan WiFi dengan kereta Proton Persona. Sepanjang laluan dari Bukit Lanjan, saya telah pasang huddle dan isteri saya menggunakan laptop untuk disambungkan ke internet. Anak saya pula menggunakan Samsung 10.1 Tablet. Sepanjang perjalanan di lebuhraya PLUS signalnya sememangnya kuat mencapai 5 bar dan lampu hijau pada huddle. 

Saya kemudian keluar untuk ikut jalan lama melalui exit Tanjung Malim sehinggalah masuk semula ke lebuhraya di Gopeng. Tujuannya nak jimatkan duit tol. Sepanjang jalan lama pun masih dapat signal Yes 4G tetapi kali ini berubah antara hijau dan jingga. Beberapa tempat tidak ada signal langsung mungkin kerana terkeluar dari kawasan liputan. Secara keseluruhannya internet 4G sememang boleh di akses sepanjang jalan  hingga ke Alor Setar, walaupun jika ikut jalan lama atau Route 1. 
Peta liputan Yes 4G termasuk sepanjang Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur. 

Jadi tak perlu tunggu sampai kereta pertama dijual untuk menikmati internet 4G dalam kereta anda sepanjang kawasan liputan. Jika anda sudah menjadi pelanggan Yes4G pun sudah dapat menikmati kemudahan tersebut. 

No comments:

DISCOVER KEDAH 2016

I Follow......