Pagi ini buat pertama kali selepas kira-kira 5-6 tahun aku keluar ke bandaraya dengan menunggang motosikal. Selalunya kalau sebelah siang aku akan menggunakan LRT sebab tempat yang hendak dituju pun tidak jauh dengan stesennya. Tak payah pening kepala dan stress bila tersangkut dalam jam dan apabila sampai pula mencari tempat parking.
Kebetulan hari ini cuaca agak baik jadi aku mengambil keputusan untuk keluar saja dengan motorsikal. Destinasi: Heritage House, Jalan Yap Ah Shak. Tujuan: menuntut hadiah pertandingan menulis blog anjuran Nuffnang.
Perjalanan hari ini mengambil masa kira-kira 1jam sahaja pergi balik.
Mulanya aku bertolak menggunakan lebuhraya (Maju Expressway) MEX dari persimpangan Seri Petaling dan keluar di Jalan Tun Razak. Perjalanan atas lebuhraya ini memang lancar. Begitu juga dengan kereta sebab tidak ramai yang menggunakan jalan ini. Kalau difikirkan rasanya macam rugi sahaja lebuhraya ini dibina kerana tidak ramai pengguna. Sepanjang perjalanan aku rasa macam tidak sampai pun 50 buah kereta yang memotong motorsikal aku. Begitulah perbandingannya dari segi kadar penggunaan. Mungkin kerana tol menyebabkan tidak ramai yang menggunakan lebuhraya ini. Atau pun mungkin agak sukar untuk mencari jalan masuk.
Sepanjang lebuhraya ini laluan keluar masuk agak terhad. Selepas masuk dari Putrajaya, susur keluar hanya terdapat di Seri Petaling dan kemudian ke Lebuhraya Utara Selatan sahaja. Begitu juga dengan masuk. Sedangkan terdapat kawasan-kawasan yang tinggi kadar penduduknya tetapi tidak dapat mengakses lebuhraya ini. Contohnya di Bukit Jalil, Puchong dan Kinrara yang menggunakan Lebuhraya Sungai Besi Puchong untuk sambung ke Lebuhraya KL Seremban. Begitu juga dengan kawasan Serdang. Jadi adalah lebih mudah untuk terus masuk ke Lebuhraya KL-Seremban daripada mencari jalan masuk ke MEX.
Bagi penduduka Putrajaya mungkin ini merupakan laluan yang paling cepat untuk ke Kuala Lumpur berbanding jika mengambil lebuhraya lain khususnya pada masa puncak.
OKlah, berbalik kepada perjalanan aku. Selepas keluar ke Jalan Tun Razak di Kampung Pandan, jalan mulah sesak. Ituadalah perkara biasa pada waktu siang. Sebagai penunggang motorsikal, aku terpaksa ikut budaya penunggang motorsikal lain untuk menyelinap diantara deretan kenderaan-kenderaan yang sesak sehinggalah ke destinasi.
No comments:
Post a Comment