Di Jalan Sultan Ismail terdapat satu kawasan yang telah dinamakan sebagai Asian Heritage Row. Kawasan ini ialah di sebelah Sheraton Imperial dan merupakan salah satu kawasan untuk berhibur pada sebelah malam bagi mereka yang gemarkan night life entertainment.
Saya mengetahui tentang adanya Heritage Row ini tetapi tidak pernah mengunjunginya. Namun demikian sewaktu pergi ke Nuffnang untuk mengambil hadiah, barulah pertama kali saya menjejakkan kaki ke kawasan ini tetapi pada sebelah siang.
Kawasan ini terletak di sepanjang Jalan Doraisamy dan terdiri daripada deretan restoran, cafe, bar kelab dan juga salon refleksologi. Saya petik tulisan ini dari lamanweb Heritage Row.....
In following with the traditions of the city, Asian Heritage Row was developed to encapsulate the city's past, present and future. As with most great cities of the world, which have their unique cultural and leisure districts (eg. Montmart in Paris, Soho in New York, Lan Kwai Fong in Hong Kong and Clark Quay in Singapore), Asian Heritage Row aims to position itself as a new landmark for the city as a cultural, dining and entertainment district for both international tourists and locals.
Tempat berhibur ini adalah merupakan jelmaan dari bangunan lama zaman kolonial yang banyak terdapat di kawasan itu. Namun apa yang dinamakan Heritage Row hanyalah deretan rumah-rumah lama itu sahaja. Gambar bawah ini lah deretan bangunan berkenaan.
Selain deretan tempat berhibur itu terdapat juga sebuah bangunan yang dinamakan sebagai Heritage House. Ia merupakan bangunan pejabat dan terletak di Jalan Yap Ah Shak. Adakah Yap Ah Shak ini ada hubungkait dengan Yap Ah Loy? Lihat peta di bawah.......
Atas: Bangunan Heritage House yang terletak di Jalan Yap Ah Shak
No comments:
Post a Comment