Apabila kita menyebut sesuatu tempat sudah pasti imajinasi kita akan mengambarkan sesuatu tentang tempat tersebut. Kita sebut sebagai ikon.
Apakah yang dikatakan ikon?
The freedictionary.com memberikan salah satu maksud seperti berikut;
i·con (kn)
n.
1. also i·kon (kn)
a. An image; a representation.
The free dictionary encyclopedia pula memberikan defisini;
An icon (from Greek εἰκών, eikon, "image") is an image, picture, or representation; it is a sign or likeness that stands for an object by signifying or representing it...
Perkataan Ikon yang sering kita gunakan pada asalnya sesuatu yang ada hubungkait dengan imej-imej berunsur keagamaan Kristian, tetapi ramai menerima ikon itu sebagai imej atau representasi dan tidak mengaitkannya dengan keagamaan. Kuala Lumpur memilikki banyak bangunan yang boleh dijadikan sebagai imej atau representasi untuknya di mana orang dari luar negara boleh kaitkan dengan bandaraya ini amnya dan Malaysia khususnya. Ini kerana Kuala Lumpur itu sendiri mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Sudah pasti ikon pertama yang sudah menjadi terkenal di serata dunia ialah menara berkembar Petronas.Dengan hanya menunjukkan gambar menara Petronas itu orang sudah tahu ianya Kuala Lumpur. Sehinggakan ikon ini dijadikan latar belakang dalam sebuah filem yang dibintangi Sir Sean Connery dan Catherine-Zeta-Jones, The Entrapment.
Binaan kedua yang tidak kurang popular bagi Kuala Lumpur juga ialah Menara Kuala Lumpur di Bukit Nenas. Menara telekomunikasi dan penyiaran ini juga menjadi sebagai salah satu tempat tumpuan pelancung dalam dan luar negara.
Gambar Menara Kuala Lumpur ini diambil dari SINI.
Dalam aspek keagamaan juga ada binaan yang boleh dijadikan ikon untuk KL. Pada satu ketika dahulu, Mesjid Negara adalah merupakan lambang yang lazin digunapakai untuk agama Islam. Gambar-gambar dan imej-imej Mesjid Negara telah menjadi hiasan di merata tempat seperti dalam setem, buku, majalah dan juga program-program keagamaan. Malah rekabentuk kubahnya yang lain dari kebiasaan juga menjadi ikutan mesjid-mesjid lain yang dibina di seluruh negara.
Gambar Mesjid Negara ini diambil dari SINI.
Sekarang dengan terbinanya mesjid-mesjid yang baru maka Mesjid Negara semakin tenggelam peranannya sebagai ikon perkembangan Islam di Malaysia.
Kini nampaknya ikon baru yang melambangkan Islam di Malaysia ialah Mesjid Putra di Putrajaya.
Gambar ini dipetik dari SINI.
Pada tahun 80an Menara Maybank yang terletak di atas Court Hill, berhampiran dengan Puduraya ini juga pernah menjadi satu ikon memandangkan ia antara bangunan tertinggi di Kuala Lumpur pada masa itu. Menara ini berbentuk sebilah keris yang menghala ke langit.
Kompleks Dayabumi juga adalah merupakan antara pencakar langit yang pertama di Malaysia dan memilikki ciri-ciri Islam moden. Ia mula dibina pada February 1982 dan siap pada Februari 1984
Gambar diambil dari SINI.
Menara Telekom Malaysia di Lembah Pantai memilikki rekabentuk yang menarik iaitu berbentuk rebung. Menara milik Telekom Malaysia ini telah menjadi mercutanda yang unik bagi sesiapa sahaja yang menggunakan Lebuhraya Persekutuan untuk keluar dari atau masuk ke Kuala Lumpur.
Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak (BLUTH Tower) juga tidak ketinggalan kerana bentuknya yang tirus di bahagian tengah.
Gambar diambil dari SINI.
Dalam suasana pembangunan negarasedang rancak, sudah pasti akan muncul lagi ikon-ikon baru yang akan menjadi daya tarik. Antaranya seperti yang dilapor dalam Kosmo 18 November 2009, Kosmo melaporkan tentang satu lagi ikon baru yang akan muncul di Kuala Lumpur. Ianya adalah merupakan Pusat Matrade yang dijangka siap pada tahun 2014. Pusat tersebut akan dibangunkan di Jalan Duta oleh Naza TTDI Sdn. Bhd. dengan kos RM 628 juta. Ia akan menjadi ikon terbaru Kuala Lumpur...........
No comments:
Post a Comment