Sunday 13 February 2011

Alor Setar Waktu Malam

Aku bersama keluarga balik ke Alor Setar semasa cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Walaupun dah banyak kali balik ke Alor Setar kerana itu kampung halamanku, tetapi kali ini nampak sedikit perubahan, khususnya di malam hari di kawasan yang dahulunya lengang. 

Kawasan sekitar Balai Nobat dan Balai Besar biasanya tidak ada apa-apa aktiviti pada waktu malam setelah kawasan air pancutan Mahkota di hadapan mesjid Zahir hilang seri dan kemeriahan sejak tahun 90an.

Apa yang menghidupkan kawasan Balai Nobat ialah dengan adanya pokok hiasan berlampu seperti yang terdapat di IT City Shah Alam. Di sekitar perkarangan Balai Nobat itu telah dipasang beberapa pohon pokok dengan daun berwarna warni dan orang ramai mula tertumpu ke situ untuk berehat bersama keluarga ,kawan-kawan dan bergambar. Majlis Bandaraya berjaya menghidupkan malam di Alor Setar yang memalui akhbar arus perdana, Kedah dilaporkan secara negatif sekali sejak berada di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.


Tidak jauh dari Balai Nobat itu pula telah dibina replika pintu Kota Istana Tengah yang telah dirobohkan apabila Bangunan Wisma Negeri dibina pata tahun 70an dulu. Sejak akhir-akhir ini nampaknya kawasan sekitar Mesjid Zahir itu akan menjadi hidup semula. Peluang ini boleh diambil oleh pihak mesjid untuk menyampaikan mesej agama melalui ceramah-ceramah di dalam mesjid yang boleh didengar sehingga ke kawasan pancutan Mahkota, Balai Nobat dan Balai Besar. Walaupun orang ramai tidak memberi tumpuan, sekurang-kurangnya ada usaha untuk menyampaikan mesej.

Replika Pintu Gerbang Kota Istana Tengah berlatarbelakangkan Balai Nobat dan Menara Alor Setar

Siapa kata Kedah tidak membangun di bawah Pakatan Rakyat?

5 comments:

ada mokhtar said...

wow, biar betul ni... tak sabar nak balik kedah ni.. hehe

Anonymous said...

kalau dulu kat air pancut tu org ramai, tapi skrg dah sekitar Balai Nobat pula. MMg terkejut juga perubahan Alor Setar sekarang.

miss raihan said...

ha'ah la.lebih kurang I-city lak

adanial6990 said...

Kecik nyer pintu gerbang replika tuh...kalo tgk gamba lame..pintu gerbang tuh sebesar bangunan 2 tingkat kalo x salah aq...tpi aq tgk pintu gerbang nih cam kecik jer..dorang bina x ikut ukuran pintu asal..

Anonymous said...


adanial6990
Replika tidak semestinya bersaiz seperti asal, sebab itu dinamakan replika. Lagi pun jika dibuat besar mungkin akan melindungi Balai Nobat itu pula dan tidak seimbang pula dengan Balai nobat itu. TQ kerana melawat blog saya

DISCOVER KEDAH 2016

I Follow......