Monday, 16 November 2009

Bolehkah Grafitti Mengindahkan Kuala Lumpur?

Mengikut ensaiklopedia dalam talian Wikipedia..... is the name for images or lettering scratched, scrawled, painted or marked in any manner on property. Graffiti is any type of public markings that may appear in the forms of simple written words to elaborate wall paintings. Graffiti has existed since ancient times, with examples dating back to Ancient Greece and the Roman Empire[1]. In modern times, spray paint, normal paint and markers have become the most commonly used materials. In most countries, defacing property with graffiti without the property owner's consent is considered vandalism, which is punishable by law. Sometimes graffiti is employed to communicate social and political messages.


Secara mudahnya graffitti ini adalah perbuatan yang berunsur vandalisme kerana menconteng ditempat-tempat awam atau harta benda orang lain tanpa kebenaran. Adakah grafitti ini sebenarnya merosakkan atau sebaliknya. 


Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan kursus grafitti dan ini menunjukkan bahawa seni contengan yang dianggap vandalisme ini boleh dimunafaatkan. Ini merupakan satu penghargaan yang diberikan kepada pelukis grafitti bahawa seni mereka bukan selalunya merosakkan pemandangan. Dengan mengawal penglibatan mereka maka ia akan juga dapat mengawal mereka dari merosakkan harta benda awam dengan lukisan mereka.   Jika kita lihat pada grafitti yang dibuat pada dinding-dinding, ianya adalah cantik dan bukan calang-calang orang boleh melukis sebegitu. Respect la.... Jadi langkah Kementerian Belia dan Sukan adalah satu usaha yang baik untuk menukarkan seni yang dianggap merosakkan kepada seni yang boleh dihargai oleh masyarakat. Sekurang-kurangnya nilai seni yang ada pada seseorang itu dapat dipergunakan secara bermanfaat. Sekurang-kurangnya golongan seniman ini tidak merasakan mereka diadaikan masyarakat. 


Berikut saya muatkan foto grafitti yang saya rakam di dinding di tebing Sungai Kelang berhampiran dengan Stesen LRT Pasar Seni beberapa ketika dahulu. Jika anda lihat pada lukisan yang dipaparkan itu, apakah tanggapan anda? Mencacatkan pemandangan atau menampakkan kecantikan pada permukaan yang pada asalnya 'boring'. 




Pada pertengahan tahun 2008 pula Telekom Malaysia telah mengambil konsep grafitti ini untuk mengiklankan produk mereka di Stesen LRT bawah tanah Mesjid Jamek. Berikut gambar yang saya rakam pada masa itu. Maaf kerana gambar tidak begitu jelas kerana menggunakan kamera handphone.


Persoalannya sekarang, adakah grafitti mencacatkan? 


Di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kita dapat lihat banyak tiang-tiang LRT dan sebahagian tiang monorail serta dinding yang kosong dan nampak 'dull' . Mengapa tidak DBKL misalnya menggunakan pelukis-pelukis grafitti dan meminta mereka melukis grafitti pada tiang-tiang itu dengan menggunakan tema-tema yang positif dan menyampaikan mesej-mesej positif kepada orang ramai. Sekurang-kurangnya apabila ada lukisan itu, dapat menghalang daripada Along atau pengiklan tanpa lesen melekatkan poster-poster mereka. Ia dapat menjadikan tiang-tiang kosong itu lebih berseri dan menukar Kuala Lumpur kepada suasana yang lebih berwarna-warni. Tiang-tiang monorail sepanjang Jalan Sultan Ismail telah dipergunakan sepenuhnya untuk meletakkan iklan dan ia nampak lebih ceria berbandingkan tiang kosong tanpa cat itu. 


Mungkin jika pihak berkuasa memberi penghargaan kepada pelukis grafitti ini dengan mendapatkan khidmat mereka untuk membantu menceriakan bandaraya KL, akan mengubah tabiat mereka daripada melukis di   tempat awam tanpa faedah kepada memberi sumbangan dan mendapat penghargaan. Mereka ini sebenarnya memerlukan 'media' untuk meluahkan ilham. Jadi mengapa tidak kita berikan kepada mereka secara 'halal'.


Mana tahu satu hari nanti Kuala Lumpur mendapat identiti baru dan bukan sahaja dikenali sebagai Truly Malaysia, tetapi mungkin juga mendapat gelaran the The City of Grafitti - Come to Kuala Lumpur to appreciate it. Sebelum orang lain buat biar kita buat dahulu. Just angan-angan saya saja....... 

7 comments:

Helas木村 said...

wahhh aku baru mo buat post pasal grafitti ne.. x sangka dah ada yg buat hehe... i call it
Beautiful of vandalism

will vote this

Anonymous said...

walaupun saya dah buat posting ni, tak semestinya blogger lain tak boleh buat juga. lain orang lain pemikiran dan ideanya. mungkin idea sdr beza dari saya. sekurang-kurangnya pembaca blog akan dapat lagi banyak maklumat.

Helas木村 said...

oh ok... terima kasih cikgu.. sya just terpikir laa nak snap picture.. tapi camera pla problem... hehe..

hari2 tgk bila naik lrt.. tu yg terpikir nak post benda ne.. tp xpa la.. yg ne pun kira bnyak maklumat.. saya baru belajar juga buat blog.. hehe

apa2 pun thanks cikgu.. keep on blogging.. nak cek lagi post berikutnya bila ada masa (^_^)

Anonymous said...

mmgla saya pun sejak tulis blog ni, bila melihat sesuatu terpikir macam mana nak kongsi dengan orang lain.

dah jumpa blog ni, undi-undilah, dan ajak juga kawan-kawan undi sama. mana tahu rezeki kan?

Helas木村 said...

ya ya.. dah undi hehe... kalau menang buat kenduri ek.... ada lagi bahan tuk di kongsi dlm blog lepas tu hehe.. amin.....

Anonymous said...

isnyaallah.......

M from MALAYSIA said...

besst aa post ni..
nice posst..

DISCOVER KEDAH 2016

I Follow......