Apa yang saya blogkan (ada ke istilah ini?) pada Awal Muharram ini bukanlah tentang sambutan tahun
Rombongan kami mengandungi seramai 18 orang termasuk 2 orang pemandu yang telah bertolak pada malam sebelumnya dengan lori untuk membawa barang yang akan disedekahkan itu. Rombongan diketuai oleh Ir Razak selaku Presiden Kelab kami dan beberapa orang pegawai yang mewakili bahagian-bahagian yang terdapat di Majlis Sukan Negara. Kami bertolak jam 8.30 pagi dengan dua buah kenderaan, sebuah van d
Singgah untuk breakfast di R&R Seremban.
11.25 pagi sampai tol Air Hitam
Kami terus ke Parit Raja dan singgah untuk berehat di rumah Tn. Hj. Sabari di Simpang Tengah. Di rumah Tn. Hj. Sabari kami berehat sehingga selepas makan tengahari dan sembahyang zohor sebelum bertolak ke destinasi tujuan kami iaitu di Sri Pandan.
Pemandangan kawasan yang dilanda banjir bermula selepas kami
Kami tiba di Sk Agama Sri Pandan dan pada ketika itu satu majlis kenduri kahwin sedang dijalankan. Sewaktu kami tiba statisk menunjukkan seramai 332 orang sedang berada di tempat itu.
Selepas memunggah barang kami bertolak balik tetapi sebelum itu telah dijemput untuk menikmati nasi kenduri. Rezeki tidak boleh ditolak. Walaupun kami masih kenyang kerana baharu sahaja makan tengahari di rumah Tn. Hj. Sabari, kami tidak menghampakan 'tuan rumah'
Berada di penempatan itu sememangnya satu keadaan yang tidak selesa memandangkan keadaan yang bersesak-sesak dan sememangnya ia menganggu secara psikologikal. Pada masa kami berada di sana, di dapati kanak-kanak telah dihidan
Saya tidak pasti sama ada pihak jawatankuasa di penempatan tersebut ada menganjurkan ceramah-ceramah berunsur keagamaan, kerana inilah masanya untuk menyampaikan seruan Ilahi kepada mereka sebagai usaha untuk mendatabahkan hati dan menyedari bahawa apa yang mereka hadapi itu adalah ujian Allah kepada hamba-hambanya.
Selepas selesai memunggah barang kami bertolak untuk pulang semula le Simpang Tengah untuk berehat sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur. Kami meneruskan perjalanan melalui Senggarang tetapi apabila sampai separuh jalan, kami diberitahu bahawa air sudah naik melimpahi jalan dan dinasihatkan agar kenderaan ringan tidak melalui jalan tersebut. Kami terpaksa berpatah balik untuk mengambil jalan lain ke Parit Raja.
Rombongan kami bertolak balik ke Kuala Lumpur pada jam sembilan malam dan tiba di Bukit Jalil pada jam 12.00 malam.
No comments:
Post a Comment