Sampai di Miri jam 1.30 tengahari dan menginap di Dynasty hotel. Waktu itu pihak hotel belum disediakan makan tengahari. So, selepas check in, aku Dr. B dan Fa keluar untuk mencari kedai makan. Punyalah susah. Berjalan hampir setengah jam tak jumpa-jumpa juga kedai makan. Memang di Sarawak ni susah sikit nak cari kedai makan untuk orang Islam. Aku telah sampai ke Kuching, Sibu, Bintulu di Sarawak ini. Memang susah sikit nak cari kedai makan yang meyakinkan halalnya. Mungkin bagi penduduk tempatan ianya tidak begitu sukar tetapi sebagai pengembara susahlah sikit. Macam masa aku pergi Amerika dahulu, sepanjang 6 hari di sana, hanya sekali sahaja jumpa nasi. Begitu juga kali pertama sampai Hong Kong. Hari akhir baru jumpa; tu pun harganya HK 75.00 yang merupakan satu pinggan nasi, seketul ayam kari dan satu tin Coke.
Balik ke Miri ini, kedai makan bukan tak ada tetapi rasa was-was sikit. Orang Sarawak jangan marah. Bagi seorang Islam, makan-minum adalah merupakan perkara yang paling dijaga. Pernah ingat masa zaman muda dahulu sewaktu bertugas di Kota Marudu, Sabah, ada sekor ayam masuk rumah. Tak tahu ayam siapa. Aku dan kawan-kawan ambil keputusan untuk tangkap sahaja. Pendek kata curilah ayam tu. Walaupun ayam curi, kami sembelih sebelum masak dan makan. Tengok......
Jalan hampir setengah jam. Bila jumpa kedai, mereka dalam proses mencuci dan hendak tutup. Last-last jumpa one kedai yang sedang bersedia nak buka - Ming Cafe. Ada nasi tetapi masa sampai nasi belum masak, baharu lauk sahaja yang tersedia. Yang ada hanya murtabak. Jadi kami pesan murtabak saja. Murtabak pun mengenyangkan juga. Bulan puasa murtabak adalah hidangan wajibku setiap kali hendak berbuka.
Di Ming Cafe, sebiji harga RM3.50. Kira tebal juga. Alamak, aku makan tak habis pula.

No comments:
Post a Comment