Hari itu saudaraku dari Sabah datang kerana menghadiri konvo anaknya. So masa dia orang free, bawa pergi jalan-jalan. Nak shopping oleh-oleh untuk bawa balik ke Sabah.
Memang jangan sangat drive masuk KL. Selalunya naik LRT sahaja kerana selesa, cepat dan murah. Tapi hari itu drive sebab cuti umum yang panjang dengan harapan ramai warga KL balik kampung atau bercuti kerana cuti 5 hari sempena hujung minggu, Maulid ur Rasul dan juga Thaipusam. Memang jalanraya tidak sibuk macam hari-hari biasa. Tenang sahaja.
Destinasi pertama ialah pusat jualan borong yang baru dibuka di Jalan Kenanga. Kompleks itu dinamakan Kenanga Wholesale City. Letaknya bersebelahan dengan kawasan jualan borong di Jalan Kenanga. Mungkin dengan bukanya kompleks ini yang lebih selesa, kedai-kedai jualan borong di sekitar Jalan Kenanga akan terjejas atau mungkin hilang terus dari peta.
Kompleks Kenanga Wholesale City itu 15 tingkat barangkali berdasarkan pada butang lif tetapi hanya 8 tingkat sahaja dijadikan kedai jualan borong dan runcit. Ini bermakna pengguna boleh datang ke sini untuk membeli pakaian, dan aksesori (kebanyakannya untuk wanita) sama ada secara borong mahupun secara runcit. Ada kedai yang hanya jual borong dan ada juga yang jual borong dan runcit.
Buat sementara ini (entah sampai bila) parking adalah percuma. Bila masuk, tersilap masuk laluan untuk ke atas. Nah, ambik kena drive naik hingga tingkat 8 untuk parking. Ada dua ruang untuk parking, iaitu lower ground dan tingkat 8-10.
Semasa berada di sebuah kedai, ada seorang lelaki asyik memerhati aku dan menunjukkan riak muka yang macam dia kenal aku. Dalam hati tertanya-tanya juga, adakah orang itu salah seorang bekas peserta kursus yang aku anjurkan. Sememangnya aku tidak mengenali semua bekas peserta kursus kerana setiap tahun hampir 30 kursus aku kelolakan dan mengajar di seluruh negara.
Lelaki itu kemudian keluar dan menyebut namaku. Aku jawab ya, dan dia kata yang dia rakan Facebook aku. Dia cam wajah aku dan apabila nampak wajah isteriku baru dia dapat mengesahkannya. Sememangnya kami meletakkan gambar sendiri di Facebook. Memang terkejut dan tidak diduga dapat bertemu dengan friend facebook.
Selepas dari Kompleks Kenanga Wholesale City, kami pergi pula untuk makan malam di Kampung Baru. Bawa mereka ke.
Western Food di situ. Sekali sekala ubah selera. Kalau setakat makan nasi biasa di tempat mereka pun boleh. Sekali sekala layan tetamu biarlah sesuatu yang istemewa sikit.
Selesai makan bawa pula mereka untuk melihat KLCC dari dekat sebelum ke KL tower. Lepas tu pusing tengok Bangsar dan balik semula ke Bukit Jalil melalui Little India, Brickfields.
Pelawat ke Kuala Lumpur juga boleh dapatkan info tempat-tempat sekitarnya dengan merujuk pada laman AGODA untuk senarai lain-lain mercutanda yang sesuai untuk dilawati.
No comments:
Post a Comment