Thursday, 13 October 2011

Destinasi Palembang

Sudah agak lama tidak membuat posting baru di sini. Maklumlah sekarang sudah kurang mengembara. Kalau dulu sekali dua setiap bulan ada sahaja travelling. Anyway, blog ini tetap juga akan aku kendalikan kerana sekali sekala pasti akan ada pengalaman baru yang berkait dengan As I Travel…. yang boleh aku muatkan dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan pembaca.
Sepanjang tahun 2011 hanya sekali sahaja travel iaitu balik ke sabah pada bulan Januari dan selepas itu sekadar berlegar-legar di sekitar Kuala Lumpur sahaja. Maklumlah dah bersara, jadi tak banyak assignment.
Rezeki, kadang-kadang Allah berikan tanpa kita duga. Baru-baru ini aku mendapat panggilan yang berupa satu tawaran untuk berkhidmat di Sukan SEA ke 26 di Palembang. Sepanjang perkhidmatan aku dengan Majlis Sukan Negara, tidak pernah sekali pun berpeluang untuk hadir di Sukan SEA sebagai petugas.
Insyaallah jika tidak ada aral aku dapat juga menjejaki kaki buat kali pertama di bumi Indonesia. Pastinya azam aku untuk membuat posting tentang perjalanan ini.

1 comment:

AieSha said...

salam travel. nice blog. :)

DISCOVER KEDAH 2016

I Follow......