Sunday 19 July 2009

Miri City Fan, Sarawak

Sewaktu berada di Miri, satu-satunya tempat yang saya kunjungi ialah Miri City Fan. Taman awam ini mengambil nama sempena bentuknya yang seperti kipas jika dipandang dari udara.

Taman ini merupakan satu-satunya kawasan yang boleh dijadikan tempat untuk beriadah bagi penduduk Miri kerana kawasannya yang agak redup dan laluan yang merentasi seluruh kawasannya. Di samping itu terdapat juga tepak refleksologi untuk membolehkan pengunjung mengurut tapak kaki dengan berjalan di atas batu-batu yang disusun untuk tujuan itu.

Miri City Fan menempatkan juga Kolam renang awam dan Pustaka Miri.

Taman ini telah rancang sebegitu rupa untuk mengandungi taman-taman mengikut tema yang khusus. Taman-taman yang ada ialah seperti Islamic Garden yang mempunyai ciri-ciri keIslaman. Chinese Garden pula bercirikan budaya Cina.

Saya akan biarkan gambar-gambar menceritakan seterusnya.

Peta tapak menunjukkan kawasan-kawasan yang terdapat di Miri City Fan
Gerbang menyambut pengunjung untuk masuk melalui Islamic Garden.
Binaan tempat berteduh berasaskan seni binaan Islam menyambut pengunjung di pintu masuk Islamic Garden.
Pancutan air di salah satu pintu masuk di sebelah Islamic Garden
Sepasang kuda laut menghiasi tasik di Chinese Garden. Kuda laut adalah merupakan simbol maskot bandaraya Miri.
Binaan yang terdapat di Chinese Garden.
Tapak refleksologi ini terdapat di Health Garden. Pengunjung boleh berjalan tanpa kasut untuk meransang titik-titik di telapak kaki yang mewakili organ-organ dan pada tubuh manusia. Urutan refleksologi menggunakan konsep urutan tapak kaki ni.
Pemandangan di Amphitheatre Garden of Vision
Kawasan teater atau panggung terbuka yang terdapat di tengah-tengah taman.
Salah satu bentuk ukiran yang diabadikan pada salah sebuah binaan tempat berteduh di dalam kawasan Miri City Fan.
Replika pasu tembikar Sarawak. Pasu adalah merupakan identiti negeri Sarawak. Bagi pelancung yang melawat negeri ini seolah-olah tidak lengkap jika tidak membeli pasu Sarawak sebagai oleh-ole. Replika pasu ini terletak di Botanical Ethnic Garden.
Masjid Al Taqwa, Miri merupakan mesjid utama di bandaraya Miri. Berpeluang sembahyang Maghrib berjemaah dan sembahyang Jumaat di sini.

No comments:

DISCOVER KEDAH 2016

I Follow......