Baca dalam The Star bahawa gerabak baru keretapi Bukit Bendera sudah tiba di Pulau Pinang dan akan memulakan ujian tidak lama lagi.
Gerabak baru Apakah gerabak ini akan menghapuskan peluang menikmati udara bukit yang dingin dan segar semasa dalam perjalanan naik atau turun.
Perjalanan terakhir sistem keretapi itu memberikan perkhidmatan terakhirnya pada 21 Januari 2010 dan kemudian ianya ditutup untuk penaikan taraf serta mengantikannya dengan gerabak yang lebih moden. Maka tarikh 21 Februari 2010 telah mematikan sebahagian besar nostalgia dan keunikan perkhidmatan keretapi funicular Pulau Pinang itu. Ianya walaupun masih lagi meneruskan perkhidmatan telah menutup terus satu lembaran sejarah negara. Satu lagi komoditi heritage negara terhapus.
Gambar dari Sun2surf : antara gerabak lama yang menamatkan perkhidmatan pada tahun 2010 menggantikan gerabak beginiGambar dari wikipedia
Sayang sekali kita terpaksa menelan bahawa satu tarikan pelancong ke Bukit Bendera bukan sahaja udaranya yang dingin serta memberikan pemandangan yang indah terhadap kawasan Georgetown dan Seberang Perai, tetapi pada perkhidmatan keretapinya itu. Ianya samalah dengan keunikan feri yang berulang alik antara tanah besar semenanjung dengan Pulau Mutiara walaupun sudah ada Jambatan Pulau Pinang, naik feri merupakan satu pengalaman yang patut dialami.
Tertanya-tanya juga apakah kita tidak gemar menyimpan bahan sejarah? Bahan sejarah ini adalah satu daya tarikan kepada pelancung. Sekiranya mereka boleh merasai apa yang ada di tempat lain di dunia, ia akan menghilangkan nafsu untuk datang. Sebab itu salah satu projek homestay mendapat sambutan kerana pelancung ingin merasai sesuatu yang unik yang terdapat di negara kita.
Hong Kong adalah sebuah kepulauan yang membangun dengan pesat juga mengekalkan identiti. Dia daripadanya ialah tram dan Star ferry.
San Francisco Streetcar di San Farncisco juga mengekalkan bentuk tram sebagai satu tarikan pelancong.
Saya bernasib baik kerana berpeluang merasai bahan heritage di Bukit Bendera tersebut.
1 comment:
penang memang pelihara sejarah. tetapi bukit bendera terpaksa juga guna sebab selama saya membesar di penang perkara yang menyedihkan adalah bila pelancong mengeluh kereta cable lambat dan pelancong terpaksa tunggu lama untuk ke puncak. pada tengahari pulak terlalu panas walaupun ada kipas.
Post a Comment