Sunday 3 January 2010

Hang Tuah - Textile & Fashion District Kuala Lumpur

Saya hanya nampak melalui tingkap LRT deretan kedai menjual pakaian borong setiap kali LRT itu menuju stesen Hang Tuah. Hari ini saya telah menjejakkan kaki ke kawasan tersebut yang terletak di belakang Rumah Pangsa Awam Jalan Hang Tuah. Rupanya terdapat banyak lagi kedai-kedai jualan pakaian secara borong di sepanjang Lorong Merbau, Lorong Meranti, Lorong Meranti 1,2 dan 3.
Di kawasan ini pengusaha butik ataupun peniaga-peniaga pakaian boleh membeli pakaian dari berbagai fesyen dengan harga borong. Selain pakaian juga terdapat beg tangan, kasut, pakaian dalam dan kain ela yang juga dijual secara borong.

Apabila saya meninjau tempat ini, maka saya teringat tentang situasi yang sama di textile district di Los Angeles Downtown.

2 comments:

myfirsttry said...

murah2 ke baju2 disini?

Anonymous said...

Area ni menjual secara borong dan ada jug runcit. Sememangnya lebih murah berbanding kedai-kedai biasa. Di samping itu boleh juga ke Kenanga tidak jauh dari sini yang juga menjua secra borong but boleh beli runcit.

DISCOVER KEDAH 2016

I Follow......