Saturday, 12 December 2009

Tiger Futbol Starz @ Bukit Jalil

Pasukan bolasepak negara baharu sahaja membuka lembaran baru sejarah bolasepak negara apabila berjaya mengalahkan gergasi bolasepak Asia Tenggara, Thailand dalam pusingan peringkat Kumpulan di Sukan SEA ke 25 di Laos. Kemenangan ini sememangnya cukup manis bagi sukan bolasepak negara pada waktu ranking negara pada tangga 152 mengikut ranking FIFA pada 20 november 2009. Dengan kemenangan di Laos itu kelak diharap keudukan negara akan berubah.
Bak kata cogankata Adidas Impossible Is Nothing ada kebenarannya. Sekiranya kita bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan, Impossible Is Nothing.

Sama ada ini petanda yang pasukan bolasepak negara sudah terkeluar dari lembah kegagalan, adalah terlalu awal untuk dipastikan. Perjalanan pasukan bolasepak negara masih jauh untuk kembali berada di persada kejuaraan sekurang-kurangnya di peringkat Asia. Walau apa pun pemain dibawah bimbingan K. Rajagopal itu perlu diberikan tahniah dan semoga semangat juang mereka itu akan berterusan serta tidak terhenti sekadar memungut pingat emas Sukan Sea sahaja.


Sama ada pasukan bolasepak negara berada di kancah kekalahan atau tidak, namum usaha untuk terus membangunkan mutu bolasepak terus diadakan tanpa penat dan jemu. Berbagai program pembangunan dilakukan untuk mengembalikan bolasepak negara ke tempat yang sewajarnya memandangkan negara ini pernah berada di tempat yang baik di kalangan negara-negara Asia.

Program pembangunan bolasepak bukan sekadar diusahakan oleh pihak kerajaan semata-mata seperti Majlis Sukan Negara dan Kementerian Pendidikan tetapi juga pihak swasta. Dari semasa ke semasa kita dapat lihat ada program yang dianjurkan untuk kalangan remaja dan kanak-kanak kerana mereka inilah yang bakal mewarisi barisan pemain bolasepak negara di masa hadapan.

Paling akhir ialah program Tiger Futbol Starz oleh Tiger Biscuits. Program ini yang menghimpun kanak-kanak di bawah 12 tahun dari seluruh negara melalui sesi pemilihan bakat yang diadakan di bandar-bandar utama sebelum berakhir di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Saya petik maklumat ini dari laman web tiger biscuits:


Tiger Futbol Starz merupakan program kami untuk mencari serta memperkenalkan bakat-bakat muda bola sepak negara yang berumur dalam lingkungan 7-12 tahun.
Sesi pencarian 21 orang rekrut akan dilaksanakan di seluruh negara. Mereka yang layak akan diambil masuk ke program realiti Akademi Tiger Futbal Starz yang bakal disiarkan di Astro.
3 pemain terbaik bakal berpeluang mengasah potensi mereka serta dimasukkan ke sekolah sukan terunggul Malaysia! Setiap pemenang juga akan memenangi wang tunai sebanyak RM10,000!

Sewaktu blog ini ditulis pemain yang terpilih di bawah program tersebut sedang berada di Majlis Sukan Negara, di Bukit Jalil,  untuk menjalani latihan akhir sebelum pemenang dipilih. Pemain-pemain yang terpilih tinggal dan berlatih sepenuh masa di MSN di bawah bimbingan tiga orang jurulatih yang juga bekas pemain bolasepak kebangsaan Leong Hong Seng, K. Sambagamaran dan Azlan Johar.






Kredit Gambar: Nurul Natasya Nadia 

No comments:

DISCOVER KEDAH 2016

I Follow......