Tuesday, 29 December 2009

Mencari Tenang Dan Damai Di Manikar Beach Resort


Apabila orang berkata hendak pergi melawat Labuan sudah semestinya di dalam itenari perjalanan seseorang  itu  ialah membeli-belah kerana Labuan merupakan bandar bebas cukai. Tidak sah jika seseorang itu meninggalkan Pulau Labuan tanpa membeli coklat khususnya yang diimport. Bagi perokok pula tidak lupa membeli rokok sementara bagi yang bukan beragama Islam tentunya minuman beralkohol mungkin menjadi buah tangan.

Namun demikian ada juga yang melawat Labuan untuk berehat dan sebagainya. Saya beberapa kali berpeluang mengunjungi Pulau Labuan menjalankan tugas resmi dan sering hotel di sekitar bandar Labuan menjadi pilihan. Walau bagaimanapun, saya juga berpeluang menginap di hotel yang jauh di luar pekan iaitu di Pantai Batu Manikar. Di sana terdapat sebuah hotel Pantai Manikar Beach Resort. Peta Google di bawah menunjukkan lokasi resort tersebut yang terletak di bahagian Utara pulau.



Pantai Manikar Beach Resort ialah tempat untuk mencari ketenangan khususnya bagi mereka yang ingin mencari ilham untuk menghasilkan karya kreatif mahupun berehat bersama keluarga dalam keadaan yang tenang dan damai. Gambar bawah pelan tapak yang menunjukkan susunatur resort dan juga kolam renangnya.


Resort ini yang terletak di .Batu Manikar memberikan suasana aman dan damai dengan deruan ombak dari Laut China Selatan yang membawa bayu nyaman jika bersantai di tepi yang berpasir itu.

Atas: Pemandangan dari bilik aku menginap dengan laman yang bersih dan dijaga kemas.

Atas: Pemandangan dari bilik aku menginap

Atas: Salah sebuah blok bilik penginaan
Aku hanya menginap satu malam sahaja di Resort ini kerana selepas itu terpaksa berpindah ke hotel lain di pekan Labuan. Bilik penginapan adalah cukup luas dan amat selesa.


Atas: Kamar mandinya luas dan selesa

No comments:

DISCOVER KEDAH 2016

I Follow......