Wednesday, 15 April 2009

Apom Lenggang Kg Berjaya, Alor Setar

Apom Lenggang adalah merupakan salah satu kuih tradisi masyarakat Melayu yang boleh dijadikan sebagai satu sajian untuk bersarapan. Semasa masih di zaman kanak-kanak saya ingat ibu dan nenek saya selalu buatkan apom lenggang untuk sarapan. Ianya mudah dimasak dan tidak mengambil masa yang lama seblum boleh dimakan. 

Kuih ini boleh dipromosikan untuk bersaing dengan roti canai dan nasi lemak yang sudah menjadi menu sarapan utama masyarakat berbilang kaum di negara ini. 

Gambar penjualan apom lenggang ini saya ambil di Pasar Mergong di Kampung Berjaya, Alor Setar, Kedah. Memang amat jarang kita lihat orang menjual kuih tradisi ini. Gambar-gambar di bawah ialah sekuens bagaimana apom lenggang dimasak. 

Bancuhan tepung dituang ke dalam kuali yang sudah panas dan kemudian kuali itu dilenggangkan untuk membolehkan tepung itu menjadi leper dan bulat mengikut bentuk kuali. Gambar pertama dan kedua di bawah. 
Apom yang sudah masak dilipat seperti dalam gambar di bawah. 

Inilah harga apom lenggang Kampung Berjaya. 

2 comments:

Anonymous said...

saya blaja makan apom lenggang ni sejak blaja kat usm nibong tebal, 1st jumpe kat pasar malam pekan lama parit buntar. hehe

kuntum said...

Salam.

Suami sya org penang. Dia yg ajar sya makan apom lenggang. Baru2 ni pi kenduri kawin kat alor star diaorg hidangkan apom lenggang juga. Sya pun otomatik dah suka makan.

DISCOVER KEDAH 2016

I Follow......