Hari ini sekali lagi pergi ke Pusat Perubatan Syifa' Al Hidayah di Sungai Pusu, Gombak. Appointment jam 11.00 tetapi tiba lewat sebab jam dalam perjalanan dari Cheras sehinggalah Tesco Ampang. Tunggu untuk jumpa Ustaz untuk berubat hingga lebih kurang jam 2.00 petang baru masuk.
Balik singgah kat EAON AU2 Setia Wangsa. Tujuan tu nak tengok rumah kaca di mana peserta Akademi Fantasia menjalani latihan setiap hari. Singgah makan kat Kenny Rogers.
Rumah kaca AF terletak di Concourse area kompleks perniagaan tersebut. Dapatlah tengok Aznil dan juga Amy Search yang hadir pada masa itu. Semasa sampai di sana, pelajar sedang belajar Bahasa Inggeris di bawah bimbingan Cikgu Fati.
No comments:
Post a Comment